Wednesday, April 4, 2012

Amazing Mathematics Operation Challenge (AMOC)

Pada 28hb Mac 2012, Sekolah Rendah Amo telah mengadakan pertandingan "Amazing Mathematics Operation Challenge (AMOC)". Pertandingan ini adalah untuk mengakhiri Program Matematik yang diadakan 2 kali seminggu pada bulan Januari hingga Mac selepas waktu perbarisan pagi. Ini adalah sebagai satu kegiatan sekolah dan juga dapat menambah kemahiran murid-murid dalam bidang Numerasi.

Pertandingan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Abu Bakar bin Haji Aji dan seterusnya bacaan Doa Selamat. Kemudian Guru Besar S.R Amo, Cikgu Hajah Habibah binti Haji Umar memberi ucapan alu-aluan. Tetamu kehormat pada pagi itu ialah Cikgu Hajah Tialam binti Abd. Razak, SENCO UPK Daerah Temburong. Turut hadir, Pemangku PPKD Daerah Temburong, Cikgu Othman bin Bolhassan, PPPKDDaerah Temburong, Cikgu Md. Ariffin bin Haji Matusin dan PKPR Daerah Temburong, Cikgu Rohana binti Haji Ja'afar.



Pertandingan bermula dengan penerangan daripada Juru Kuiz, Cikgu Eleyina binti Sabtu tentang format pertandingan dan seterusnya pertandingan "Amazing Mathematics Operation Challenge (AMOC)" dimulakan bermula dengan 3 orang murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.



Para peserta Tahun 1 hingga Tahun 6.... :)


Pertandingan dimulakan....

Amazing Mathematics Operation Challenge.... AMOC...

Persembahan nyanyian "Multiplication Song" daripada murid-murid Tahun 4 setelah selesai pertandingan AMOC. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan sijil kepada semua peserta.


Tahniah diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya melepasi cabaran yang telah diberikan.

Sebelum bersurai dan menikmati jamuan, Guru Besar S.R Amo memberi cenderamata kepada Tetamu Kehormat, Ciku Hajah Tialam binti Abd. Razak.

Para peserta bergambar ramai dengan Tetamu Kehormat dan para jemputan.


-AmazingMotivatedOutstanding-

No comments: