Wednesday, April 4, 2012

Khamis,29hb Mac 2012: Perlawanan Akhir Bola Jaring Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tahun 2012 telah berlangsung di kawasan lapang Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong. Tuan Rumah bagi perlawanan ini adalah Sekolah Rendah Piasau-Piasau. Pada petang itu juga berlangsung perlawanan separuh akhir: S.R Amo bertemu dengan S.R Selangan dan SR Sultan Hashim Batu Apoi bertemu dengan SR Piasau-Piasau. Dari perlawanan ini, SR Amo telah menewaskan S.R Selangan dan SR Amo mara ke perlawanan akhir menentang SR Sultan Hashim Batu Apoi yang juga telah menewaskan S.R Piasau-piasau.

Pada perlawanan Akhir Bola Jaring, kedua-dua pasukan begitu bersemangat dan perlawanan agak sengit tetapi pasukan S.R Sultan Hashim Batu Apoi berjaya menewaskan pasukan S.R Amo dengan jaringan 7 - 5. Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Jaring Sekolah Rendah Amo kerana telah berjaya mendapat tempat kedua, Naib Juara bagi Perlawanan Akhir Bola Jaring Tahun 2012. Tahniah dan syabas juga diberikan kepada Jurulatih SR Amo, Cikgu Limawati binti Galawat dan juga Cikgu Eleyina binti Sabtu. Marvellous!!! ^_^

Dibawah disertakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang Perlawanan Akhir Bola Jaring. Credit to Cikgu Iletasuryana... ^_^ Enjoy~... :)




Marvellous... ;)

-AmazingMotivatedOutstanding-

2 comments:

Five said...

so proud of the girls! :)..but at the same time, so sad leaving the school n them :(

Anonymous said...

Same here... Huhu... we lost a very Amazing Marvellous Outstanding teacher & colleague... all the best tcher 5... Will miss your "1 silent clap" :)