Friday, March 29, 2013

Majlis PengagihanUtama Bendera-bendera Kecil

Selasa, 12 Februari 2013, Majlis acara pengagihan utama bendera-bendera kecil sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 29. Tetamu Kehormat Majlis tersebut ialah Awang Haji Mohd. Rozan Bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Setiausaha tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darusalam. Juga turut hadir, Ahli Mesyuarat Negara, Yang Berhormat  Awang Haji Sulaiman Bin Haji Ahad, Penghulu Mukim Amo, Awang Haji Bahrun Bin Haji Talib dan Ketua Kampong Amo, Awang Hujan Anak Muit.

Acara dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Md Riduan Shah Bin Haji Salleh dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Kanan Akademik, Cikgu Eleyina Sabtu. Majlis seterusnya diteruskan dengan nyanyian lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, "Allah Peliharakan Sultan" yang dipimpin oleh Kumpulan Koir S.R. Amo. Kemudian acara diteruskan dengan pengagihan bendera-bendera kecil kepada setiap murid. Setelah itu tetamu kehormat majlis dibawa melawat kelas-kelas dan melihat murid-murid mebuat aktiviti-aktiviti sempena Hari Kebangsaan yang ke-29. Selesai lawatan, sekali lagi kumpulan koir S.R. Amo menyanyikan lagu patriotik dan semua yang hadir mengibarkan bendera masing-masing. Sebelum majlis berakhir, guru-guru dan antara yang hadir mengambil peluang untuk begambar ramai.

Bendera Negara Brunei Darussalam
Ketibaan Tetamu Kehormat Majlis, Awang Haji Mohd. Rozan Bin Dato Paduka
Haji Mohd Yunos
Doa Selamat 

Ucapan alu-aluan Guru Kanan Akademik


Menyanyikan Lagu Kebangsaan

Penyerahan Bendera-bendera kecil
Lawatan ke bilik-bilik darjah





PIBG SR Amo juga turut serta dalam acara ini
Mengibarkan bendera sambil menyanyi lagu patriotik

Pengacara Majlis, Cikgu Abd. Latif Bin Duraman
Bergambar ramai


Kumpulan koir SR Amo, Temburong

~amaZingmotivAtedoutstandIng~

No comments: