Thursday, March 22, 2012

Lawatan PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong

Pada 21hb Mac 2012, Rombongan PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong, yang diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Hajah Taibah binti Haji Ahmad, telah datang berkunjung ke Sekolah Rendah Amo, Temburong. Rombongan disambut oleh guru-guru dan ibubapa murid, (PIBG SR Amo) dan dihiburkan dengan tarian Ngajat Puak Iban oleh murid-murid Sekolah Rendah Amo. Persatuan PIBG, SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar juga tidak lepas peluang menari bersama-sama guru, ibubapa, kakitangan dan murid-murid SR Amo. Kemudian rombongan diberikan jamuan dan diteruskan dengan bergambar ramai.



Rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.

Persembahan Tarian Ngajat

Rombongan menikmati jamuan pagi

Gambar kenang-kenangan... Gambar ramai...

Rombongan seterusnya beredar ke Dewan SR Amo untuk mendengar ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas mengenai Sekolah Rendah Amo daripada Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Haji Umar. Kemudian, taklimat ringkas aktiviti penglibatan PIBG dalam akademik dan aktiviti sekolah juga diberikan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SR Amo, Rini Binti Mohd Sazali.

Cikgu Limawati Galawat, seterusnya memberi penerangan akan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong:
Melawat bangunan-bangunan sekolah (bilik-bilik darjah, pondok-pondokdan bilik-bilik khas) dan Taman Sekolah Rendah Amo, AMO Eco Path. Rombongan dibahagikan kepada 3 kumpulan: Group 1: Cikgu Rabu Sapoh, Group 2: Cikgu Rozaiha Haji Abd. Kadir & Group 3: Cikgu Eleyina Sabtu.




Gambar-gambar lawatan kebangunan-bangunan sekolah

Pembukaan Rasmi Taman Sekolah Rendah Amo, AMO Eco Path (Ayuh Mari Orienteering Eco Path), dilakukan oleh Pengerusi PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong, Dyg Roseyatimah binti Haji Bini, dengan disaksikan oleh Pengerusi PIBG SR Amo Temburong, Abd. Rahman bin Abd. Rahim.

Pembukaan Rasmi AMO Eco Path

Kemudian rombongan dibawa meredah kawasan AMO Eco Path yang dipenuhi dengan 4 pondok: Pondok Alat Buruan, Pondok Masakan Tradisi, Pondok Kraftangan dan Pondaok Menangkap Ikan. Rombongan diberikan penerangan di setiap pondok dan juga mencuba dan merasa masakan tradisi, kraftangan dan juga tidak ketinggalan memancing ikan di sungai. Acara berakhir dengan meredah pokok-pokok dan anak sungai dan kembali ke Sekolah Rendah Amo.






Setelah selesai aktiviti, rombongan diberi jamuan makan tengahari dan seterusnya acara penyerahan sumbangan dari kedua-dua buah sekolah serta ucapan daripada pengerusi PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.


Penyampaian cenderahati..

Dengan acara penyampaian cenderahati, berakhirlah lawatan rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi...

-AmazingMotivatedOutstanding-

No comments: