Monday, February 14, 2011

Acara Pengagihan Bendera kecil Brunei






Acara bagi pengagihan bendera kecil Brunei Darussalam telah diadakan di Sekolah Rendah Amo pada hari ini. Acara dimulakan dengan perbarisan pagi, seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan 'Allah peliharakan Sultan' diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Cikgu Abu Bakar.
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik yang dinyanyikan oleh guru-guru dan juga murid. Selepas itu, baru lah bendera kecil tersebut diagih-agihkan kepada setiap murid. Acara juga diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam kelas.

No comments: