Saturday, May 5, 2012

Global Action Week: Rights From The Start


Pada Isnin, 23hb April 2012, Sekolah Rendah Amo telah mengadakan Sambutan Global Action Week, Global Campaign for Education. : Right from the start. Ini adalah sambutan rangkaian antarabangsa dalam meningkatkan kualiti penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak seluruh dunia. Fokus utama tahun ini adalah “Penjagaan Pendidikan Awal Kanak-Kanak” degan slogan “Rights from the Start: Early Childhood Care and Education Now” Acara dimulakan dengan pembukaan sambutan iaitu memberi name tag kepada murid-murid Pra Sekolah.


Murid-murid Pra Sekolah juga mengadakan aktiviti-aktiviti seperti nyanyian Kanak-kanak,dan Origami bersama ibubapa yang dibuat di dalam kelas bersama guru pra, Cikgu Eleyina Sabtu. 

 

Aktiviti utamanya ialah “Lukisan” yang akan diadakan pada hri rabu, 25hb April 2012. Aktiviti ini dibuat menyeluruh dari Pra hingga Tahun 6. Mereka melukis mengenai pengalaman mereka semasa berada di sekolah dan rumah: permainan yang mereka sukai, makanan yang digemari dan aktiviti keluarga yang slalu dilakukan.




Pada 28hb April 2012, Sambutan Global Action Week diadakan secara besar-besaran. Beberapa aktiviti dilakukan pada pagi itu seperti Nyanyian daripada murid-murid Pra dan Tahun 1, Senamrobik dan setiap kelas melakukan aktiviti-aktiviti yang berlainan bersama ibubapa:
  • Pra & Tahun 1: Permainan Tradisi
  • Tahun 2: Recycle
  • Tahun 3: Healthy Food
  • Tahun 4: Origami
  • Tahun 5: Kikik
  • Tahun 6: Kraftangan
Ucapan alu-aluan dari Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Haj Umar

Aktiviti senamrobik
 
 

 


 

Penyampaian Hadiah lukisan sempena Global Action Week

Seterusnya acara kemuncak adalah memotong kek Global Action Week dan nyanyian lagu Pra sekolah daripada murid-murid Pra Sekolah




 Aktiviti membuat banner juga diadakan sepanjang minggu Global Action Week.






Terima kasih kepada semua warga sekolah dan ibubapa dan penjaga dengan kerjasama, masa dan usaha yang telah diberikan. Amazing!! ;)

Happy face... :)




-AmazingMarvellousOutstanding-

No comments: