Sunday, March 11, 2012

Program Minggu Ayah Mak "On Task' (MAM'OT")

Pada Isnin, 13hb Februari 2012, Program Minggu Ayah Mak 'On Task' telah dilancarkan di Dewan Sekolah Rendah Amo, Temburong. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Md. Riduan Shah. Seterusnya, Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Hj Umar memberi kata alu-aluan dan kemudian pembukaan rasmi Program MAM'OT' yang disempurnakan oleh PKPR, Cikgu Rohana Haji Ja'afar. Majlis pembukaan ini juga dihadiri oleh SENCO Temburong, Cikgu Hajah Tialam Haji Abd Razak dan juga ibubapa/penjaga murid.


Bismillahirahmannirrahim... Program MAM'OT' dimulakan...

Acara seterusnya, penerangan daripada Cikgu Limawati Galawat, mengenai tugas ibubapa dan penjaga murid semasa progam ini dijalankan di dalam kelas. Bagi bulan Februari, subjek Matematik akan dicerap dan ibubapa dan penjaga akan berada di dalam kelas anak-anak mereka bagi melihat sendiri suasana pengajaran Guru dan juga pembelajaran anak-anak mereka.




Guru dan ibubapa/penjaga murid akan berbincang setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Ibubapa/ penjaga akan mengisi komen dan pendapat mereka untuk rujukan guru.




Bagi bulan Februari, Program MAM'OT' dijalankan pada 13hb, 14hb, 15hb dan 16hb Februari 2012. Seterusnya subjek Bahasa Melayu pada bulan April, subjek Bahasa Inggeris pada bulan Jun dan subjek Sains pada bulan Ogos. Diharap melalui program ini, ibubapa dan penjaga akan dapat berkerjasama memantau pelajaran murid-murid.


-AmazingMotivatedOutstanding-
2012





No comments: