Wednesday, March 17, 2010

Lawatan Kerja Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II (A)

Pada 15hb. Mac, 2010 (Isnin) yang lalu, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II (A) telah melawat ke dua buah sekolah di Daerah Temburong, iaitu Sekolah Rendah Amo dan Sekolah Rendah Selangan. Adapun rombongan daripada JAPSER yang seramai 27 orang telah tiba di Sekolah ini pada pukul 11.00 pagi, iaitu selepas lawatan mereka daripada Sekolah Rendah Selangan. Selain daripada mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar maklumat, ianya juga bertujuan untuk mendokong agenda Bahagian Pendidikan Rendah tahun ini, iaitu "Improving School Practices". Aspek-Aspek yang diambil perhatian dalam lawatan ini adalah seperti Pentadbiran, Etos, Akademik, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan projek-projek yang dijalankan.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh guru-guru dan ahli PIBG sekolah ini

Gambar ramai bersama rombongan

Taklimat dan penerangan daripada Guru Besar mengenai sekolah ini.


Penyampaian cenderhati daripada salah seorang pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II(A)

Meninjau pameran yang dikendalikan oleh ahli PIBG sekolah ini

Setelah selesai meninjau persekitaran sekolah, para rombongan pun dipersilakan untuk menikmati jamuan dalam Dewan Sekolah ini.

No comments: