Thursday, March 22, 2012

Lawatan PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong

Pada 21hb Mac 2012, Rombongan PIBG Sekolah Rendah Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong, yang diketuai oleh Guru Besar, Cikgu Hajah Taibah binti Haji Ahmad, telah datang berkunjung ke Sekolah Rendah Amo, Temburong. Rombongan disambut oleh guru-guru dan ibubapa murid, (PIBG SR Amo) dan dihiburkan dengan tarian Ngajat Puak Iban oleh murid-murid Sekolah Rendah Amo. Persatuan PIBG, SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar juga tidak lepas peluang menari bersama-sama guru, ibubapa, kakitangan dan murid-murid SR Amo. Kemudian rombongan diberikan jamuan dan diteruskan dengan bergambar ramai.



Rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.

Persembahan Tarian Ngajat

Rombongan menikmati jamuan pagi

Gambar kenang-kenangan... Gambar ramai...

Rombongan seterusnya beredar ke Dewan SR Amo untuk mendengar ucapan alu-aluan dan taklimat ringkas mengenai Sekolah Rendah Amo daripada Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Haji Umar. Kemudian, taklimat ringkas aktiviti penglibatan PIBG dalam akademik dan aktiviti sekolah juga diberikan oleh Timbalan Pengerusi PIBG SR Amo, Rini Binti Mohd Sazali.

Cikgu Limawati Galawat, seterusnya memberi penerangan akan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa lawatan rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong:
Melawat bangunan-bangunan sekolah (bilik-bilik darjah, pondok-pondokdan bilik-bilik khas) dan Taman Sekolah Rendah Amo, AMO Eco Path. Rombongan dibahagikan kepada 3 kumpulan: Group 1: Cikgu Rabu Sapoh, Group 2: Cikgu Rozaiha Haji Abd. Kadir & Group 3: Cikgu Eleyina Sabtu.




Gambar-gambar lawatan kebangunan-bangunan sekolah

Pembukaan Rasmi Taman Sekolah Rendah Amo, AMO Eco Path (Ayuh Mari Orienteering Eco Path), dilakukan oleh Pengerusi PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong, Dyg Roseyatimah binti Haji Bini, dengan disaksikan oleh Pengerusi PIBG SR Amo Temburong, Abd. Rahman bin Abd. Rahim.

Pembukaan Rasmi AMO Eco Path

Kemudian rombongan dibawa meredah kawasan AMO Eco Path yang dipenuhi dengan 4 pondok: Pondok Alat Buruan, Pondok Masakan Tradisi, Pondok Kraftangan dan Pondaok Menangkap Ikan. Rombongan diberikan penerangan di setiap pondok dan juga mencuba dan merasa masakan tradisi, kraftangan dan juga tidak ketinggalan memancing ikan di sungai. Acara berakhir dengan meredah pokok-pokok dan anak sungai dan kembali ke Sekolah Rendah Amo.






Setelah selesai aktiviti, rombongan diberi jamuan makan tengahari dan seterusnya acara penyerahan sumbangan dari kedua-dua buah sekolah serta ucapan daripada pengerusi PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.


Penyampaian cenderahati..

Dengan acara penyampaian cenderahati, berakhirlah lawatan rombongan PIBG SR Datu Ratna Haji Mohammad Ja'afar, Kiarong.

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi...

-AmazingMotivatedOutstanding-

Aktiviti Hari Akhir Persekolahan Penggal Pertama

Pada 15hb Mac 2012, Aktiviti kedua, projek meghias sekolah dijalankan yang melibatkan semua warga sekolah, ibubapa serta penjaga. Beberapa kawasan sekolah telah diubahsuai dan dibersihkan untuk membisaikan lagi persekitaran sekolah untuk keselesaan warga sekolah. Ibubapa juga tidak ketinggalan membantu pihak sekolah menghias, membersihkan dan menyusun barang-barang yang ada di beberapa sudut di sekolah ini. Guru-guru juga bersemangat mengecat dinding-dinding sekolah bagi meningkatkan lagi keceriaan kawasan sekolah.


Ibubapa dan guru-guru sama-sama membersihkan kawasan sekolah...



Guru-guru dan murid-murid memghias dinding-dinding sekolah.... Amazingggg~ ^_^

Sebelum murid-murid balik untuk bercuti sekolah penggal pertama, sebahagian murid perempuan membuat pertunjukkan tarian mereka dengan lagu-lagu tradisi Puak Iban.

Sebelum berakhir penggal persekolahan pertama, guru-guru berkumpul untuk menikmati jamuan bersama-sama.. :)

WOW!! Awesome!! ;)

Selamat Bercuti kepada murid-murid. Semoga murid-murid akan dapat memanfaatkan cuti sekolah dengan mengulangkaji pelajaran dan berehat. See you all in Second School Term... ;);)

-AmazingMotivatedOutstanding-

Aktiviti Promosi Kesihatan 2012 : Body Mass Index


Pada 15hb Mac 2012, Sekolah Rendah Amo telah mengadakan aktiviti Promosi Kesihatan: Body Mass Index. Guru pengawas mengetuai aktiviti dan dibantu oleh guru-guru. Aktiviti ini menglibatkan murid-murid Pra hingga Tahun 6: ketinggian dan berat badan mereka disukat dan dicatat untuk mengetahui BMI mereka.



-AmazingMotivatedOutstanding-

Sunday, March 11, 2012

Sambutan Hari Kebangsaan Ke 28

Pada Sabtu, 25hb Februari 2012, Warga Sekolah Rendah Amo, Temburong, telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam yang ke-28. Acara dimulakan dengan menyanyikan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, 'Allah Peliharakan Sultan'.

Murid-murid diberikan bendera kecil dan kemudian ikrar dibacakan oleh Ketua Prefek, Joshua Anderias. Seterusnya, dengan penuh semangat Guru-guru, Kakitangan dan murid-murid menyanyikan lagu patriotik dengan mengibarkan bendera Negara Brunei Darussalam.


Ikrar dibacakan oleh Ketua Prefek, Joshua Anderias



Menyanyikan lagu Patriotik

Acara diteruskan dengan perarakan dari kawasan sekolah menuju kawasan Kampong Amo dan sekitarnya.


Perarakan Bendera Brunei...

Bergambar ramai...

-AmazingMotivatedOutstanding-
2012

Perlawanan Akhir Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong


Pada Isnin, 5hb Mac 2012, Sekolah Rendah Amo, Temburong yang telah masuk peringkat akhir Perlawanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong, bertemu dengan Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar. Acara dimulakan dengan barisan lalu oleh Tetamu Kehormat Majlis. kira-kira jam 2.00 petang, perlawanan Akhir bermula. Sekolah Rendah Sultan Hassan Bangar, Temburong adalah tuan rumah bagi Perlawanan Bolasepak Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong 2012.



Bersemangat penyokong-penyokong.... Warga sekolah Amo...

Perlawanan Akhir Bolasepak berakhir dengan kemenangan Sekolah Rendah Amo, Temburong sebagai Juara... Dua tahun berturut-turut, Tahniah Sekolah Rendah Amo Footballer... :)

We are the CHAMPION~ ^_^v


Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah bagi Juara, Sekolah Rendah Amo... Naib Juara dan Tempat Ketiga.


Bergambar ramai....

Gambar kenangan... Tahniah.. Muka banyak senyum... :)


Pada 6hb Mac 2012, Penyampaian hadiah daripada Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Haji Umar..

Tahniah... Good Job Boys... and to Cikgu Hamdan Rasid, Congratulation.. Keep it up!!!


-AmazingMotivatedOutstanding-
2012

Program Minggu Ayah Mak "On Task' (MAM'OT")

Pada Isnin, 13hb Februari 2012, Program Minggu Ayah Mak 'On Task' telah dilancarkan di Dewan Sekolah Rendah Amo, Temburong. Majlis dimulakan dengan membaca Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Md. Riduan Shah. Seterusnya, Guru Besar, Cikgu Hajah Habibah Hj Umar memberi kata alu-aluan dan kemudian pembukaan rasmi Program MAM'OT' yang disempurnakan oleh PKPR, Cikgu Rohana Haji Ja'afar. Majlis pembukaan ini juga dihadiri oleh SENCO Temburong, Cikgu Hajah Tialam Haji Abd Razak dan juga ibubapa/penjaga murid.


Bismillahirahmannirrahim... Program MAM'OT' dimulakan...

Acara seterusnya, penerangan daripada Cikgu Limawati Galawat, mengenai tugas ibubapa dan penjaga murid semasa progam ini dijalankan di dalam kelas. Bagi bulan Februari, subjek Matematik akan dicerap dan ibubapa dan penjaga akan berada di dalam kelas anak-anak mereka bagi melihat sendiri suasana pengajaran Guru dan juga pembelajaran anak-anak mereka.




Guru dan ibubapa/penjaga murid akan berbincang setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran. Ibubapa/ penjaga akan mengisi komen dan pendapat mereka untuk rujukan guru.




Bagi bulan Februari, Program MAM'OT' dijalankan pada 13hb, 14hb, 15hb dan 16hb Februari 2012. Seterusnya subjek Bahasa Melayu pada bulan April, subjek Bahasa Inggeris pada bulan Jun dan subjek Sains pada bulan Ogos. Diharap melalui program ini, ibubapa dan penjaga akan dapat berkerjasama memantau pelajaran murid-murid.


-AmazingMotivatedOutstanding-
2012