Monday, July 27, 2009

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada hari Sabtu yang lalu, 25hb Julai, majlis menandatangani rekod kemajuan murid telah diadakan di dalam dewan sekolah ini bermula daripada pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi.







Friday, July 24, 2009

Program Bomba bersama Masyarakat

Pada 26hb Mei, Sekolah Rendah Amo telah dijemput untuk melawat pameran dan peraduan mewarna lukisan bagi murid-murid di dewan Perpindahan Kg Rataie sempena pembukaan Balai Bomba di sana pada pukul 2.00 petang.

Bergambar ramai






Murid-murid yang ikut serta dalam aktiviti peraduan mewarna


Tuesday, July 21, 2009

Taklimat daripada Jabatan Bomba

Pada 22hb April yang lalu, 3 orang ahli bomba daripada Jabatan Bomba telah memberikan taklimat mengenai peranan dan tugas-tugas ahli-ahli Bomba kepada warga sekolah Amo yang diadakan di dalam Dewan Sekolah ini.




Percubaan memadamkan api oleh Guru Besar

Gambar ramai bersama ahli Bomba



Wednesday, July 15, 2009

Pertandingan Koir Keselamatan Jalan Raya

S.R Amo telah menyertai pertandingan koir keselamatan jalan raya pada 12 Mei 2009 yang lalu di Sekolah Yayasan yang diwakili oleh seramai 20 orang murid. Kumpulan koir sekolah ini telah mendapat tempat ke 15 daripada 38 buah sekolah yang menyertai.

Dalam "boat" semasa dalam perjalanan ke Bandar Seri Begawan.

Ketika membuat persembahan

Bersama guru pengawas: Cikgu Iletasuryana, Cikgu Maslinda dan Cikgu Redha

Friday, July 10, 2009

Taklimat Cuci Tangan

Pada hari pertama murid-murid bersekolah setelah bercuti sempena cuti penggal persekolahan dan cuti khas H1N1 juga (6hb Julai), Sekolah ini mengadakan Taklimat cara-cara dan kepentingan Menyuci Tangan kepada semua murid yang dikendalikan oleh Cikgu Maslinda. Taklimat ini dijalankan di dalam dewan sekolah Rendah Amo pada pukul 10.30 pagi.
Semasa taklimat ini dijalankan, suhu badan kanak-kanak juga diperiksa lagi.


Cikgu Maslinda menerangkan cara-cara dan kenapa mesti menyuci tangan.








Pemeriksaan Suhu Badan

Pada hari Isnin, 6hb.Julai, kanak-kanak mula bersekolah kembali setelah bercuti sempena cuti penggal persekolah 11 dan cuti khas H1N1 selama seminggu. Semua warga sekolah diperiksa suhu badan. Syukur Alhamdulilah, warga sekolah Amo bebas daripada H1N1 pada hari tersebut.
Cikgu Pg Kifrawi melekatkan sticker bagi menandakan murid tersebut telah diperiksa




Bukan hanya murid-murid yang diperiksa suhu badan tetapi semua warga sekolah.





Kempen oh kempen


Semasa kanak-kanak cuti khas H1N1, (hari sabtu,4 Julai) kami, guru besar dan guru-guru mengadakan kempen membersihkan bilik guru, mengira buku-buku dan mengasingkan mana-mana buku yang untuk penghapusan.

Penghakiman Akhir Sudut ASEAN








Pada hari Rabu yang lalu, 1hb. Julai,2009, Sudut ASEAN bagi Sekolah Amo telah dinilai dan dihakimkan bagi kali yang terakhir.