Wednesday, March 31, 2010

Pertandingan Peringkat Akhir Koir Lagu Kebangsaan

Pada 17hb. Mac, 2010, ahli kumpulan koir sekolah ini telah mengikuti Pertandingan Peringkat Akhir Koir Lagu Kebangsaan di Dewan Canselor UBD. Walaupun tidak meraih kejayaan namun diucapkan tahniah kepada ahli kumpulan dan guru pengawas, Cikgu Limawati binti Galawat yang telah berusaha melatih kumpulan koir ini.

Gambar Ramai


Saturday, March 20, 2010

Majlis Penyampaian Sijil

Majlis meraikan dan penyampaian sijil-sijil penghargaan dan penyertaan bagi ahli-ahli Kumpulan Tunas Mekar (KTM), pemain-pemain Bola Jaring dan peserta Kumpulan Koir Lagu Kebangsaan:
pada: 18hb. Mac,2010 (Khamis)
Tempat: Dewan Sekolah Rendah Amo

Sijil-Sijil tersebut telah disampaikan oleh Guru Besar S.R Amo
Salah seorang penerima sijil penghargaan dan penyertaan dalam Koir Lagu Kebangsaan, Erna Rozalin binti Rudy.

Majlis ini diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan seterusnya menikmati jamuan.

Thursday, March 18, 2010

Aktiviti Melawat Taman Batang Duri

Sebelum aktiviti walkathon dimulakan, murid-murid dibawa melawat masuk ke Taman Batang Duri. Aktiviti ini dapat mendedahkan semua murid-murid terhadap alam sekeliling seperti tumbuh-tumbahan dan jenis-jenis binatang yang terdapat dalam Taman tersebut.

Cikgu Zaimi dengan murid-murid Tahun 3.



Melihat rusa

ketika berada dalam Taman Batang Duri

Apakah yang menarik perhatian mereka ini?


Aktiviti ini juga dapat memberikan keseronokkan kepada murid-murid khasnya dan warga sekolah amnya.


Cikgu Limawati bersama murid-murid Prasekolah

Guru Besar memberikan penerangan kepada murid-murid sebelum memasuki Taman Batang Duri.

Gambar ramai di hadapan kawasan Taman Batang Duri

Aktiviti Walkathon

Hari ini, 18hb.Mac,2010 (Khamis), Sekolah Rendah Amo telah mengadakan aktiviti walkathon yang bermula daripada Taman Batang Duri dan diteruskan dengan lawatan ke Taman tersebut. Adapun aktiviti ini adalah penutup bagi persekolahan penggal 1 yang melibatkan semua warga sekolah .




Murid-murid berkumpul sebelum aktiviti dijalankan.


Gambar ramai sebelum berangkat ke Taman Batang Duri.

Murid-murid dibawa ke Taman Batang Duri dengan menaiki bas.





Melakukan senaman


Aktiviti walkathon bermula daripada Taman Batang Duri ke Sekolah Rendah Amo yang didahului oleh Guru Besar dan murid-murid Prasekolah.






Guru-guru bersama murid-murid masing-masing.
Cikgu Hamdan dengan murid-murid Tahun 4.

Berehat di Taman Kampung Sibut

Setelah sampai di sekolah.


Wednesday, March 17, 2010

Lawatan Kerja Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II (A)

Pada 15hb. Mac, 2010 (Isnin) yang lalu, Jawatankuasa Pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II (A) telah melawat ke dua buah sekolah di Daerah Temburong, iaitu Sekolah Rendah Amo dan Sekolah Rendah Selangan. Adapun rombongan daripada JAPSER yang seramai 27 orang telah tiba di Sekolah ini pada pukul 11.00 pagi, iaitu selepas lawatan mereka daripada Sekolah Rendah Selangan. Selain daripada mengeratkan silaturrahim dan bertukar-tukar maklumat, ianya juga bertujuan untuk mendokong agenda Bahagian Pendidikan Rendah tahun ini, iaitu "Improving School Practices". Aspek-Aspek yang diambil perhatian dalam lawatan ini adalah seperti Pentadbiran, Etos, Akademik, Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) dan projek-projek yang dijalankan.

Ketibaan rombongan telah disambut oleh guru-guru dan ahli PIBG sekolah ini

Gambar ramai bersama rombongan

Taklimat dan penerangan daripada Guru Besar mengenai sekolah ini.


Penyampaian cenderhati daripada salah seorang pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei II(A)

Meninjau pameran yang dikendalikan oleh ahli PIBG sekolah ini

Setelah selesai meninjau persekitaran sekolah, para rombongan pun dipersilakan untuk menikmati jamuan dalam Dewan Sekolah ini.

Saturday, March 13, 2010

Taklimat Pergigian

Hari ini, 13hb, Mac. 2010, satu taklimat mengenai gigi dan cara-cara penjagaannya telah diadakan di dalam dewan S.R Amo yang telah dikendalikan oleh jururawat pergigian dari Hospital PIHM, Temburong pada pukul 8.00 hingga 930 pagi.





Pelbagai aktiviti telah diadakan khas untuk murid-murid Prasekolah hingga Tahun 6.


Guru Besar telah dijemput untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang berjaya dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Friday, March 12, 2010

Kumpulan Koir

Sekolah Rendah Amo telah terpilih ke peringkat akhir Pertandingan Koir Lagu Hari Kebangsaan dengan lagu Negara Tercinta dan inilah wajah adik-adik manis yang akan mengikuti pertandingan tersebut pada 17hb, Mac, 2010 ini dengan pimpinan Cikgu Limawati Galawat. Semoga beroleh kejayaan.

Free Smileys

Wednesday, March 3, 2010

Perlawanan Akhir Bola Jaring

Antara Sekolah_Sekolah Rendah Daerah Temburong
Pada: 3hb. Mac, 2010
Tempat: Kawasan Lapang Sekolah Rendah Sultan Hassan, Bangar Temburong
Keputusan: S.R Amo telah berjaya menjadi Juara.
Free Icons











Perlawanan II : S.R Amo VS S.R Sultan Hashim Batu Apoi
Keputusan: S.R Amo Menang dengan Jarigan:
Party Smileys


Perlawanan I : S.R Amo VS S.R Sultan Hassan, Bangar
Keputusan: S.R Amo Menang dengan jaringan:


Party Smileys