Thursday, May 26, 2011

PERTANDINGAN SPELLING BEE BAGI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG

Persembahan daripada murid Tahun 3 SR. Amo
MC, Penjaga masa, Master speller dan Hakim
Tetamu kehormat, Pengerusi bersama dan Jemputan Khas
Guru-guru Besar yang hadir
Guru Besar SR. Amo dan jemputan
Para peserta di atas pentas
Peserta dari SR. Amo

Peserta-peserta yang bertanding



Khamis - 26 Mei 2011 M bersamaan dengan 22 Jamadilakhir 1432 H.

Sekolah Rendah Amo bersama dengan Sekolah Rendah Selangan telah diberi kepercayaan untuk mengadakan Pertandingan Spelling Bee bagi peringkat Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong. Selaku dengan itu, SR. Amo telah menjadi pilihan untuk menjadi Tuan rumah bagi pertandingan tersebut.


Seramai 33 orang peserta dari Sekolah-sekolah Rendah Temburong telah mengambil bahagian. Setelah semua peserta bersaing dengan gigih di dalam pertandingan, Johan Pertandingan Spelling Bee bagi Tahun 2011 berpihak kepada peserta dari SR. Semabat, tempat kedua diraih oleh peserta dari SR. Sultan Hashim Batu Apoi dan seterusnya tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari SR. Selangan.


Syabas kepada mereka yang berjaya!


EINSTEIN’S CHALLENGE BAGI PERINGKAT SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH TEMBURONG


Sabtu - 21 Mei 2011 M bersamaan dengan 17 Jamadilakhir 1432 H.

Sekolah-sekolah Rendah Daerah Temburong telah mengadakan satu projek sekolah tahunan anjuran Jabatan Sekolah-sekolah Daerah Temburong di mana setiap sekolah dikehendaki untuk mereka dan membuat Alat Bantu Mengajar yang efektif bagi Mata Pelajaran Mathematics. Projek ini dinamakan ‘Einstein’s Challenge’.


Bukan itu sahaja, wakil murid-murid dari setiap sekolah dikehendaki untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan di setiap pondok Matematik sebagai satu perlawanan menguji minda. Mereka diberikan masa selama 7 minit untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan di setiap pondok Matematik.


Pemenang bagi keseluruhan kategori (Persembahan, Dekorasi & Perisian) jatuh kepada SR. Negalang. Manakala, SR. Sultan Hashim mendapat tempat kedua dan pemenang ketiga dimenangi oleh SR. Kenua.


SR. Amo mendapat markah paling tertinggi bagi kategori perisian dan menerima sijil penyertaan dan juga hadiah saguhati.


"The important thing is not to stop questioning. Curiosity has its own reason for existing."

(Albert Einstein)


Sunday, May 1, 2011

PERADUAN MARI BERCERITA PERINGKAT DAERAH 2011

Adik Erra Emiliana, wakil dari SR Amo, Temburong
Aksi adik Erra semasa di pentas
Peserta sedang menunggu keputusan
Adik Erra bersama ibu bapa
Bersama Guru Pengawas
Bersama penyokong dari SR Amo

Peraduan tersebut di atas diadakan pada hari Khamis, 28 April 2011M bersamaan 24 Jamadilawal 1432H. Seramai 10 orang peserta dari 6 buah Sekolah Rendah di Daerah Temburong telah terpilih untuk mewakili sekolah masing-masing. Kesemua murid mepunyai kreativiti mereka yang tersendiri untuk menceritakan cerita yang dipilih secara spontan.

Juara bagi peraduan ini berpihak kepada Adik Saza Yeol bin Sara, iaitu, wakil dari SR Sultan Hashim, Batu Apoi. Manakala Tempat kedua dimenangi oleh Adik Nurul Hadayati dari SR Semabat dan tempat ketiga diraih oleh Adik Norhidayatul Fitri bin Mohami dari SR Selangan.

Wakil dari SR Amo iaitu, Erra Emiliana anak Rabu berjaya meraih tempat ke-5 dengan mendapat beberapa hadiah saguhati.


Tahniah kepada semua peserta!