Sunday, November 21, 2010

Majlis Menandatangani Rekod Kemajuan Murid

Pada 20 November 2010, hari Sabtu, Jam 10.30 pagi, sekolah ini mengadakan Majlis Menandatangani Rekod kemajuan Murid dari Prasekolah hingga Tahun 6. Pada majlis ini juga, senerai keperluan-keperluan bagi tahun hadapan yang untuk dibeli oleh ibu bapa/penjaga murid diberikan begitu juga dengan buku-buku teks yang akan digunakan untuk tahun hadapan juga diberikan kepada ibu bapa atau penjaga murid dengan menandatangani borang pinjaman buku teks yang telah disediakan oleh guru kelas/Tahun masing-masing.







Sukan Ria Murid-Murid

Acara Sukan ini adalah salah satu Aktiviti Sekolah Bagi Akhir Tahun 2010 dan telah diadakan pada 16 November yang lalu, hari Selasa Jam 8.00 pagi. Setiap guru kelas atau Tahun menyediakan acara sukan bagi kelas atau Tahun masing-masing dan penyampaian hadiah bagi acara sukan ini akan diadakan pada Majlis Sambutan Hari Penutup sekolah nanti.










Mesyuarat Bersama Ibu Bapa /Penjaga Murid

Pada 15 November 2011 yang lalu, hari Isnin Jam 7.00 malam, sekolah ini telah mengadakan mesyuarat bersama ibu bapa / penjaga murid-murid bagi membincangkan mengenai Majlis Sambutan Hari Penutup Sekolah dan Pembubaran AJK PIBG Tahun 2008 - 2010 serta melantik AJK PIBG yang baru bagi Tahun 2010 - 2012.




Gembira Di Hari Kenaikan Kelas

Pada 15 November 2010, hari Isnin, jam 10.30 pagi, murid-murid telah dinaikan kelas mengikut Kelas Tahun bagi Tahun 2011 masing-masing. Jelas kelihatan di wajah murid-murid akan kegembiraan di atas kenaikan kelas ini. Diharap pada tahun akan datang murid-murid akan lebih gigih berusaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
Cikgu Limawati memberikan penerangan dan mengumumkan Kelas Tahun 2011
mengikut Guru kelas dan Guru Pembantu Kelas Tahun masing-masing.

Berbaris menunggu Kenaikan kelas Tahun Masing-Masing.

Wajah-Wajah Kelas Tahun 2011

Tuesday, November 9, 2010

Murid-Murid Tahun 6 Seronok Pergi Melawat

Pada hari Khamis, 4hb. November, 2010 jam 8.30 pagi yang lalu, semua murid Tahun 6 telah dibawa melawat ke Galeri Kebudayaan Dan Pelancongan Kampong Ayer yang diawasi oleh dua orang guru, iaitu cikgu Limawati dan Cikgu Maslinda. Adapun lawatan ini adalah sebagai salah satu aktiviti yang dijalankan selepas Penilaian Sekolah Rendah (PSR) selesai. Murid-murid dibawa terus dari Terminal Temburong ke Galeri dengan menaiki perahu.

Bangunan Galeri

Murid-murid sedang menyaksikan pameran.

Murid-murid dapat melihat secara dekat alat-alat tradisional.


Antara alat-alat tradisional yang dipamerkan.

Bergambar ramai

Menaiki perahu tambang menuju kompleks Yayasan

Berjalan kaki menuju ke Royal Regalia, tempat lawatan ke dua.

Bergambar ramai

Menikmati makan tengah hari di KFC, Yayasan
Lawatan ini selesai kira-kira jam 2.30 petang.



Tuesday, November 2, 2010

Hasmidah Memperoleh Pingat Gangsa

Pada Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali Ke-2 yang lalu (17 Oktober 2010), wakil peserta Lontar Peluru Daerah Temburong, Hasmidah Binti Hamlee yang juga murid sekolah ini telah memenangi pingat Gangsa dan sehubungan dengan itu diucapkan tahniah atas kejayaan yang diperolehi.

Lawatan Kerja Memantau Pengajaran & Pembelajaran Prasekolah

Pada 16 Oktober 2010 (hari Sabtu), pegawai-pegawai daripada Jabatan Perkembangan Kurikulum, Hjh Siti Sara Hj Tahir dan Mardiana Hj Sulaiman ,Sutinah Hj Md.Ali (PR18) serta Hjh Abidah Binti Jumat (JSS Daerah Temburong) telah melawat ke sekolah ini untuk memantau pengajaran & pembelajaran Prasekolah pada jam 10.55 pagi.