Thursday, December 8, 2011

Perhimpunan Pra 2011

Pada 23hb november 2011, telah berlangsung Majlis Perhimpunan Pra yang diadakan di Dewan Belalong, Daerah Temburong. Semua murid-murid pra dari semua sekolah rendah di Daerah Temburong berhimpun menyampaikan persembahan, kuiz dan mendapat sijil masing-masing.

Murid-murid Pra Sekolah Rendah Amo serta Guru Prasekolah, Cikgu Eleyina Sabtu adalah antara yang menghadiri perhimpunan pra ini. Dengan perhimpunan ini mereka telah diberikan sijil yang menandakan mereka telah tamat pengajian diperingkat pra dan akan melanjutkan pengajian mereka di Tahun 1 pada tahun hadapan. Tahniah kepada guru-guru pra dan juga kepada semua murid-murid. Semoga mereka akan menjadi murid-murid yang Amazing, Marvelous dan Outstanding... All the Best!.. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa perhimpunan tersebut, enjoy~ ^_^




Persediaan sebelum bermulanya majlis...


Cikgu Eleyina dan sebahagian murid-murid pra... :)


Cikgu Limawati dengan salah seorang murid pra... :)


Aleya Natasha... salah seorang peserta kuiz...



Congratulation!! :)


Happy face... :D


Tahniah!! :D

Gambar ramai.... ^_^


-AmazingMotivatedOutstanding-

Friday, December 2, 2011

Sambutan Hari Penutup SR Amo tahun 2011


Pada 24hb November 2011, Sekolah Rendah Amo telah mengadakan Sambutan Hari Penutup bagi tahun 2011. Tetamu Kehormat pada majlis tersebut adalah Cikgu Md Ariffin Bin Haji Matusin, Penolong Pmk. PPKD Temburong. Majlis bermula dengan bacaan surah Al-fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Md Riduan Shah bin Hj Md Salleh. Kemudian ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Rendah Amo, Cikgu Hajah Habibah Haji Umar. Seterusnya majlis dipersembahkan dengan nyanyian daripada murid-murid prasekolah dan sebuah lagu nasyid daripada murid-murid Sekolah Rendah Amo. Kemudian majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi murid-murid yang mendapat pencapaian akademik terbaik, hadiah galakan daripada guru-guru dan ibubapa murid dan juga penyampaian hadiah kraftangan bagi ibubapa dan penjaga murid.

Persembahan nyanyian murid-murid prasekolah 2011

Persembahan nasyid murid-murid


Penyampaian hadiah terbaik akademik..


Penyampaian hadiah galakan...


Antara hasil-hasil kraftangan yang dibuat oleh ibubapa dan penjaga murid-murid. Begitu kemas dan sangat kreatif... Penhakiman juga dibuat pada petang, 23hb November 2011.

Dan pemenang-pemenangnya adalah.... tahniah.. :)




Setelah selesai majlis penyampaian hadiah, mereka yang hadir menikmati jamuan dan acara sukan ibubapa dan penjaga, guru-guru serta kakitangan diadakan. Walaupun cuaca panas, acara tetap berjalan dengan lancar dan meriah.

Berikut adalah foto-foto yang mengambarkan kemeriahan acara sukan hari penutup bagi tahun 2011... Selamat menyaksikan... ^_^


-AmazingMotivatedOutstanding-

Amazing... :)



Antara pemenang-pemenang cabutan bertuah...


Acara sukan bagi kaum bapa murid... :)


Penyampaian hadiah futsal antara guru & kakitangan dengan bapa murid.




Antara sukan bagi kaum ibu... meriah... :)



Acara sukan guru-guru & kakitangan lelaki... boleh tahan... hehe..





Antara sukan guru & kakitangan perempuan... yeehaa~



See you again next year.... ^_^

-AmazingMotivatedOutstanding-

Menandatangani rekod kemajuan Penilaian Akhir Tahun (SBE)

Setelah selesai Penilaian Akhir Tahun (SBE), Ibubapa dan penjaga murid datang pada 22hb November 2011 untuk melihat dan menandatangani rekod kemajuan anak-anak mereka. Ibubapa dan penjaga berpeluang untuk membincangkan kemajuan tahap akademik dan permasalahan anak-anak mereka dengan guru-guru subjek. Pada hari ini juga diteruskan dengan mengembalikan dan pembagian buku-buku teks kepada murid-murid.






Selesai sudah sesi pembelajaran bagi tahun 2011... diharap murid-murid akan terus maju dan berusaha dengan lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik di masa yang akan datang. Semoga berjaya dan tingkatkan usaha untuk menjadi murid-murid yang Amazing, Motivated & Outstanding....

All the best... ^_^


-AmazingMotivatedOutstanding-

Lawatan ke Kem Lakiun



Pada 21hb November 2011, seramai 43 murid-murid tahun 4 & 5 dan 2 orang guru telah mengikuti lawatan ke Hari Terbuka Kem Lakiun. Kira-kira pukul 8.30 pagi mereka sampai di Kem Lakiun dan seterusnya dibawa ke bilik persidangan untuk mendengar sedikit penerangan oleh salah seorang pegawai mengenai panduan lawatan dan langkah-langkah keselamatan semasa berada disana. Banyak akitiviti-aktiviti yang disediakan untuk murid-murid antaranya: face painting, menembak, menaiki helikopter, alat komunikasi dan sebagainya.

Berikut antara gambar-gambar yang sempat diambil dari lawatan tersebut:

Mendengar penerangan dari salah seorang pegawai.

Welcome to SAF Jungle Training School

Gambar kenangan...

One of the transport...

Food ration...

Explore... explore...

Guru-guru tak melepas peluang mencuba menembak...

Alat-alat komunikasi yang digunakan oleh tentera semasa didalam hutan..

Sekian sahaja dari kami, semoga awda terhibur melihat gambar-gambar semasa lawatan hari terbuka Kem Lakiun... ^_^v