Monday, November 21, 2011

SR AMO NAIB JOHAN KTM POWER POINT PRESENTATION



















19/11/2011 - Alhamdulillah, SR Amo telah mendapat tempat sebagai Naib Johan di Pertandingan KTM Power Point yang telah berlangsung pada hari Sabtu lepas di Radio Televisyen Brunei, Bandar Seri Begawan. Sebanyak 8 buah sekolah telah dipilih untuk masuk ke pertandingan akhir dan semua penyampaian agak memuaskan.
Tahniah dan syabas kepada peserta-peserta SR. Amo yang terlibat dalam menjayakan persiapan bagi pertandingan ini.

ACARA SUKAN MURID SR. AMO















14/10/2011 - Sukan murid bagi murid-murid SR. Amo berlangsung dengan meriah sekali. Murid-murid sangat 'sporting' dan berlumba-lumba untuk menang dalam setiap sukan. Acara sukan dibahagikan kepada satu jenis sukan untuk murid lelaki bagi setiap kelas dan juga satu jenis sukan untuk murid perempuan bagi setiap kelas.
Acara sukan ini diadakan di padang sekolah dan juga di kawasan sekolah. Pemberian hadiah dilangsungkan keesokkan hari nya.

LAWATAN GURU-GURU PRASEKOLAH, DAERAH TEMBURONG








01/11/2011 - Lawatan ini diadakan bertujuan untuk meluaskan dan menambahkan lagi pengetahuan dikalangan guru-guru Pra Sekolah di Daerah Temburong. Kesemua guru-guru Pra Sekolah dari 11 sebuah sekolah datang dan memeriahkan lagi lawatan ini. Pendapat dan idea juga dapat ditukar-tukar disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara guru-guru.

PERJUMPAAN IBU-BAPA MURID PRA BAGI SESI 2012









05/10/2011 - Perjumpaan Ibu-bapa bagi murid-murid PRA Sekolah bagi sesi 2012 telah diadakan di sekolah. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa mengenai dengan program-program PRA Sekolah yang akan dilaksanakan pada Tahun 2012. Murid-murid PRA sekolah yang akan memasuki sekolah pada tahun hadapan juga hadir dan membuat aktiviti di dalam bilik darjah. Ini supaya dapat mebiasakan diri mereka dengan suasana sekolah dan di samping dapat mengenali rakan-rakan baru mereka. Perjumpaan berjalan dengan baik sekali.