Wednesday, June 8, 2011


AKTIVITI PENGGAL KEDUA PERSEKOLAHAN







6 Jun 2011 - Sekolah Rendah Amo telah meraikan makan besar-besaran sebelum memulakan cuti persekolahan Penggal Kedua. Sambutan di atas termasuk meraikan kejayaan-kejayaan murid-murid yang diperolehi sepanjang bulan Januari hingga Mei.
Pihak sekolah juga turut meraikan majlis perpisahan Cikgu Saliah, iaitu guru yang banyak menyumbangkan titik peluh sepanjang beliau bertugas di sekolah ini.
Dan yang penting, sambutan ini juga meraikan seluruh warga sekolah demi menghargai sumbangan mereka dari segi tenaga, wang ringgit, buah fikiran dalam menjayakan acara-acara yang di dalam mau pun di luar sekolah.