Tuesday, March 22, 2011

AKTIVITI PERSEKOLAHAN PENGGAL PERTAMA TERAKHIR

Aktiviti Senamrobik








Walkhaton menuju ke Taman Rekreasi Taik Buluh Aie Merah







Majlis Perpisahan Cikgu Md. Shahron


17 Mac 2011- Pada hari terakhir persekolahan bagi Penggal Pertama, Sekolah Rendah Amo telah mengadakan berbagai aktiviti iaitu, senamrobik, walkhaton (berjalan kaki ke Taman Rekreasi Tasik Buluh Aie Merah) dan juga kempen kebersihan di sekolah.

Sekolah juga mengadakan satu majlis perpisahan bagi pertukaran tempat bertugas salah seorang guru di Sekolah ini. Aktiviti tersebut di atas berlangsung dengan meriah sekali.

Thursday, March 17, 2011

Juara Perlawanan Bolasepak Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temburong 2011

Jurulatih bagi Pasukan Bola SR. Amo, Temburong
Cikgu Hamdan bin Rasid
Pasukan Bola SR. Amo, Temburong
Bergambar ramai bersama dengan Guru Besar

14 Mac 2011 - Pasukan bola SR. Amo telah berjaya menjulang piala pertandingan bola sepak antara sekolah-sekolah rendah Daerah Temburong Tahun 2011 yang bertempat di Padang SR. Sultan Hassan, Temburong.
Pasukan bola SR. Amo telah menjaringkan gol sebanyak 3 gol berbalas 1 gol daripada SR. Puni, sekaligus telah menjadikan SR. Amo juara bagi pertandingan tersebut.
"Syabas SR. Amo!"

Tuesday, March 1, 2011

Majlis Mengenang Jasa Cikgu Mohammad Ariffin bin Haji Matusin























Pada 19hb Februari 2011 yang lepas telah diadakan satu majlis berupa Majlis Mengenang Jasa bekas Guru Besar Sekolah Rendah Amo, Temburong. Majlis ini diadakan pada sebelah malam bertempat di Dewan SR Amo itu sendiri.

Berbagai acara dan persembahan yang istimewa disediakan bagi meraikan majlis ini. Kesemua Guru-guru, kakitangan dan orang-orang kampung serta Guru Besar sekarang iaitu, Cikgu Hajah Habibah juga dijemput bagi memeriahkan lagi suasana malam itu. Majlis berakhir dengan doa kesyukuran dan makan malam beramai-ramai.

"Jasamu akan kami kenang selalu.."