Monday, February 14, 2011

Acara Pengagihan Bendera kecil Brunei






Acara bagi pengagihan bendera kecil Brunei Darussalam telah diadakan di Sekolah Rendah Amo pada hari ini. Acara dimulakan dengan perbarisan pagi, seterusnya menyanyikan lagu kebangsaan 'Allah peliharakan Sultan' diikuti dengan bacaan Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Cikgu Abu Bakar.
Acara diteruskan dengan nyanyian lagu patriotik yang dinyanyikan oleh guru-guru dan juga murid. Selepas itu, baru lah bendera kecil tersebut diagih-agihkan kepada setiap murid. Acara juga diteruskan dengan aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam kelas.

Majlis Perpisahan Guru-guru & Kakitangan SR.Amo 2010




Majlis perpisahan ini di adakan pada 31 Januari 2011 yang lalu. Guru-guru dan kakitangan yang telah bertukar tempat kerja dari sekolah ini telah dijemput bagi memeriahkan lagi majlis perpisahan tersebut.

Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan



Murid-murid dari sekolah-sekolah rendah Temburong telah menghadiri Sambutan Hari Kanak-kanak Kebangsaan yang diadakan pada 20 Januari yang lalu bertempat di Dewan Belalong, Temburong.
Banyak aktiviti menarik yang disediakan bagi murid-murid seperti Amazing race, kuiz, senam robik dan sebagainya. Bukan sahaja itu, hadiah yang menarik juga turut disediakan bagi kanak-kanak yang ikut serta.
Setelah penat bermain dan ikut serta, murid-murid kembali ke sekolah kira-kira jam 11 pagi.

Selamat Tahun Baru 2011

Semoga Tahun ini membawa lebih kejayaan kepada Sekolah Rendah Amo di bawah naungan seorang Guru Besar yang komited beserta dengan guru-guru yang sentiasa menyokong beliau.