Saturday, December 11, 2010

Majlis Sambutan Hari Penutup Sekolah II

Setelah Acara Dalam dewan selesai, Acara Sukan sambutan Hari Penutup sekolah dimulakan. Acara ini terbahagi kepada 3 bahagian, 1. Acara sukan untuk Guru-Guru yang disediakan dan dikendalikan oleh pihak ibu bapa/penjaga murid (Ahli Jawatankuasa PIBG), 2. Acara sukan pihak Ibu bapa/penjaga murid yang disediakan dan dikendalikan oleh Guru-Guru dan 3. acara untuk Kakitangan sekolah. Berikut ini adalah antara gambar-gambar di sekitar acara tersebut yang dijalankan di padang sekolah ini.











Majlis Sambutan Hari Penutup Sekolah I

Pada hari Isnin, 29 November 2010, sekolah ini telah mengadakan Majlis Hari Penutup Sekolah. Sambutan ini diadakan dalam dua acara, iaitu Acara Dalam Dewan dan Sukan. Dalam Acara ini pelbagai aktiviti dipersembahkan termasuk penyampaian Hadiah Murid Terbaik bermula daripada peringkat Prasekolah hingga Tahun 6 (PSR). Berikut ini adalah antara gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Penutup Sekolah (Acara dalam Dewan):



Penyampaian Hadiah Murid-Murid Terbaik disampaikan oleh Tetamu Kehormat,
Haji Ampuan Momin bin Hj Ampuan Salleh, Mantan Guru Besar S.R Amo, Temburong
(13 Jan 1997 - 31 Jun 1999)

Persembahan Nyanyian Prasekolah

Persembahan Koir

Persembahan Tarian Asli Brunei

Lakonan Pendek

Lawatan Kerja Pmk. Pengarah Kenaziran Sekolah-Sekolah Serta Rombongan

Pada 25 November 2010 jam 8.00 pagi, sekolah ini telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah. Sebaik tiba rombongan ini, tiga orang murid sekolah ini telah mempersembahkan tarian asli Puak Iban dan Murut dan seterusnya Guru Besar memberikan taklimat mengenai sekolah ini di bilik perpustakaan.