Friday, October 8, 2010

Anugerah Khas Hari Guru

Sekalung Tahniah diucapkan atas kejayaan Cikgu Limawati Binti Galawat menerima Anugerah Penghargaan Khas Hari Guru (Special Mention) pada Majlis sambutan Hari Guru yang lalu pada 28hb. September, 2010, bertempat di ICC, Berakas. Kekalkan dan teruskan usaha yg sedia ada menuju kecemerlangan bersesuaian dengan tema hari guru tahun ini GURU GEMILANG PELAJAR CEMERLANG.

p/s: Maaf ye lambat upload :)

Tuesday, October 5, 2010

B$750 Milik S.R Amo

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Nasyid Ihya Ramadhan sekolah ini kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan Nasyid tersebut yang keputusan pertandingan ini telah diumumkan dan disampaikan pada hari Khamis, 30hb. September 2010 bertempat di Pusat Dakwah Islam, Berakas. Tidak lupa juga diucapkan tahniah dan terima kasih kepada Ustazah Kertinawati Hj Hatim yang berusaha membimbing, melatih kumpulan ini.

Gambar ramai bersama Guru Pengawas

Antara ahli kumpulan Nasyid Ihya Ramadhan

Gambar ramai

Hadiah kemenangan yang berupa wang ringgat Brunei sebanyak $750 dan sebuah Piala serta sijil penyertaan.

Ketika Penyampaian Hadiah - Naib Johan

Hadiah Hari Guru

Pada setiap tahun, bersempena dengan sambutan Hari Guru, Cikgu Mohammad Ariffin, Guru Besar sekolah ini memberikan hadiah kepada semua guru-guru di sekolah ini dan diucapkan berbanyak terima kasih di atas ingatan penghargaan Guru Besar terhadap kami, tenaga pendidik di Sekolah Rendah Amo ini.