Friday, September 24, 2010

Selamat Hari Guru

Pada Setiap 23 September, Negara Brunei Darussalam akan menyambut Hari Guru,iaitu mula disambut sejak tahun 1991 disempenakan dengan Hari Keputeraan Al-Mahrum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei yang Ke-28. Tema Hari Guru pada tahun ini GURU GEMILANG PELAJAR CEMERLANG. Oleh itu, warga Sekolah Rendah Amo mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua Para Pendidik/Guru di Negara ini.


Flash Toys

Doa Tahlil Dan Majlis Perpisahan

Bersempena dengan tibanya bulan Ramadan yang lalu, sekolah ini telah mengadakan doa Tahlil bersama-sama warga sekolah yang diketuai oleh ustaz Riduan Shah Hj Md Salleh, Pengerusi PIBG sekolah ini. Pada hari tersebut juga telah diadakan majlis perpisahan bagi 3 orang warga sekolah iaitu, Cikgu Md Azizul, Cikgu Serudin dan Marina.